Laman Web Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa
Kod QR PKK Kudat

QRcode

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)

Maklumat Lanjut :

Klik gambar

Kategori
Mutiara Kata
Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang orang lain ada.

Farmasi

Kakitangan Unit Farmasi

PENGENALAN
 

Program Kesihatan Awam telah memberi liputan perkhidmatan kesihatan dan perubatan yang meluas kepada rakyat jelata di seluruh Malaysia. Perkhidmatan Farmasi merupakan perkhidmatan sokongan yang penting untuk menjayakan program ini. Unit ini ditubuhkan bagi membantu khususnya Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk mempertingkatkan penglibatan masyarakat dalam aktiviti kesihatan melaui pendekatan kaedah Penjagaan Kesihatan Asas (Primary Health Care) untuk meningkatkan taraf kesihatan masyarakat luar bandar.

465
 
VISI

Ke arah perkhidmatan farmasi yang sistematik dan progresif selari dengan perkembangan teknologi dengan mengutamakan kualiti dan kesihatan pengguna.

 

MISI

Melahirkan anggota farmasi yang dinamik, berwibawa, berkemahiran tinggi, cekap serta produktif selaras dengan kemudahan perkhidmatan serta kemahiran tenaga kerja sedia ada.

 

OBJEKTIF

Memastikan bekalan ubat-ubatan sentiasa mencukupi dan memenuhi keperluan pesakit serta ubat-ubatan yang dibekalkan adalah dijamin dari segi mutu, digunakan secara rasional, dan stok simpanan ubat-ubatan sentiasa dikawal sebaik mungkin bagi menjamin pembaziran tidak akan berlaku.

 

PERKHIDMATAN UTAMA / PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN

*Pendispensan ubat-ubatan
*Penyediaan ‘Extemporaneous’
*Pra-bungkusan ubat-ubatan
*Perolehan dan penyimpanan ubat-ubatan
*Pembekalan stok ubat-ubatan dan bukan ubat kepada stor unit
*Kaunseling ubat-ubatan ( individu / berkumpulan )
*Pengendalian laporan kesan advers ubat-ubatan


MASA OPERASI / PERKHIDMATAN

8.00 pagi – 5.00 petang ( tidak termasuk hari sabtu dan ahad serta cuti umum)


 

 

Carian
 
Pautan

Multimedia

Media Sosial
fbrss
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat 2014 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.