Laman Web Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat | A+ A A- | Biru Ungu Hijau Oren Merah
Pilihan Bahasa
Kod QR PKK Kudat

QRcode

Imbas menggunakan

telefon bimbit

atau

PDA (Smartphone)

Maklumat Lanjut :

Klik gambar

Kategori
Mutiara Kata
Before you talk, listen. Before you react, think. Before you spend, earn. Before you criticize, wait. Before you pray, forgive. Before you quit, try

Artikel > Keratan Akbar > Terapi Kombinasi Untuk Pesakit Darah Tinggi

Terapi Kombinasi Untuk Pesakit Darah Tinggi

HIPERTENSI atau lebih dikenali dengan darah tinggi terus berada di tempat teratas sebagai faktor utama penyakit kardiovaskular iaitu punca utama kematian di negara ini.


Dianggarkan 4.8 juta individu menghidap hipertensi dan hanya 26 peratus mencapai tekanan darah yang disas
arkan atau ideal.


Garis panduan hipertensi mengesyorkan ubat kombinasi yang mempunyai mekanisme tindakan pelengkap untuk mencapai sasaran tekanan darah berkesan.


Tekanan darah biasanya tidak dapat dikawal dengan baik hanya dengan agen anti hipertensi tunggal dan hipertensi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung serta strok.


Seeloknya hipertensi dirawat di peringkat awal sebelum merosakkan organ-organ penting dalam badan.


Terdapat lima kelas utama ubat yang digunakan untuk mengurangkan tekanan darah dan penggunaannya biasanya disyorkan bagi merawat hipertensi.


Dalam keadaan tertentu, menggunakan jumlah lebih kecil satu atau lebih ubat secara kombinasi boleh mengurangkan kesan sampingan sambil meningkatkan kesan anti-hipertensi.


Pengarah Jabatan Nefrologi, Medizinische Hochshule Hannover, Jerman, Prof Herman Haller berkata, kajian menunjukkan terapi kombinasi telah menunjukkan peningkatan ketara dari segi keadaan pesakit.


"Pesakit lebih mudah mengambil satu saja ubat yang boleh mengawal tekanan darah berbanding dua ubat berbeza," katanya semasa taklimat media mengenai terapi kombinasi baru untuk hipertensi di Kuala Lumpur baru-baru ini.


Salah satu ubat kombinasi terbaru Amlodipine dan Olmesartan Medoxomil mempunyai dua ramuan penting yang boleh membantu mengendurkan salur darah dan pada masa yang sama mengurangkan tekanan darah.


Kedua-dua komponen menyumbang kepada terapi hipertensi yang cekap dan berkesan dengan kemujaraban untuk mengurangkan tekanan darah dalam lapan minggu berbanding mengambil dua ubat berasingan.


Sementara itu Pakar Runding Kardiologi, Institut Jantung Negara (IJN) Datuk Prof Dr. Azhari Rosman berkata, pesakit yang mengambil Amlodipine dan Olmesartan Medoxomil mempunyai tahap toleransi yang tinggi dan berjaya mengawal tekanan darah sehingga mencapai sasaran dalam masa 24 jam.


"Biasanya ubat tekanan darah tinggi dikaitkan dengan kesan sampingan seperti sakit kepala dan pening.


"Amlodipine dan Olmesartan Medoxomil yang diberikan menunjukkan profil toleransi lebih baik, melindungi organ dan mengurangkan tekanan darah selama 24 jam, menjadikannya sesuai untuk penghidap hipertensi berisiko tinggi," katanya.


Amlodipine dan Olmesartan Medoxomil mengandungi dua ramuan penting yang boleh mengendurkan salur darah dan mengurangkan tekanan darah.


Amlodipine Besylate adalah penghalang saluran kalsium yang mengimbangi kesan kalsium dalam salur darah dengan mencegah kalsium daripada memasuki sel darah dan dinding salur darah menyebabkan tekanan darah lebih rendah.


Olmesartan Medoxomil pula menyekat tindakan hormon yang dinamakan Angiotensin II yang boleh mengecilkan dan menyempitkan salur darah.


Terapi ini disyorkan bagi rawatan hipertensi asas dan dicadangkan bagi pesakit dengan tekanan darah tidak terkawal dengan terapi tunggal.


Dos yang dicadangkan adalah sehari sekali. Ia boleh didapati dalam dos 20mg/5mg dan 40mg/5mg.


Malaysia merupakan negara ketiga di Asia yang menggunakan Amlodipine dan Olmersartan Medoxomil.



Sumber : Utusan  @ 15/7/2012

 

Navigasi Artikel
Ubat Bertukar Racun Next article
Carian
 
Pautan

Multimedia

Media Sosial
fbrss
Hak Cipta Terpelihara © Laman Web Rasmi Pejabat Kesihatan Kawasan Kudat 2014 Dasar Privasi | Dasar Keselamatan

PENAFIAN
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab ke atas sebarang kehilangan atau kerosakan yang diakibatkan oleh penggunaan maklumat yang dicapai daripada portal ini.